perseKUTUan & patah HATI

Pada penglihatan bola mata seorang makwe, menjadi lelaki dan kutu adalah perkara mudah. Mungkin hanya memerlukan dua-pasang bola berfungsi dan sedikit keinginan kolektif yang tidak masuk akal.

Tapi pada segelas teh tarik dan ratusan putung rokok, siapalah yang mengerti menjadi seorang lelaki ?
Salam takziah buat seluruh kutu yang berpatah-hati.

buat yang belum move on,
LU ORANG TOM !


Artis (Dari sudut lain)

Sebelum ini kita sudah lihat Aiman sudah post gambar ini, kali ini gua nak post gambar sama dan cerita dari sudut gua.

Kah kah kah

Ini kutu tiga ekor, mamat pakai kaca mata bernama Mukmin, mamat muka jambu bernama Didi dan mamat rambut kerinting bernama Ijai telah travel ke Taiping untuk menonton gua beraksi di pentas bersama band The Mosley.

Kah kah kah

Tiga orang kutu patut diberi satu salut paling tinggi dari semua rakyat Tanjong Malim kerana berani memandu Viva Hitam untuk ke Taiping walaupun perancangan awal mereka hanya mahu naik keretapi.

Kah kah kah

Tiga orang kutu ini juga memberi sokongan padu buat gua semasa di pentas. Setelah selesai menonton gua beraksi di mana pada waktu malam, mereka berangkat pulang dengan Viva Hitam. Rakan-rakan lain patut cuba apa kutu-kutu ini lakukan.

Kah kah kah

Di khabarkan juga Didi telah memberi sokongan padu buat Ijai semasa memandu pulang ke Tanjong Malim. Beliau hanya tidur di belakang tanpa meneman rakan yang sibuk bergilir memandu kereta. Ini baru di katakan BFF.

Kah kah kah

Gua berharap bahasa Otak Kosong juga akan beraksi di atas pentas satu hari nanti. Dan berharap Aiman berjaya mengorat makwe comel. Amin.

Kah kah kah

Artis


Tanjong Malim telah melahirkan ramai artis seperti Mat Pet, Mat Nor dan Nordin Mat Top. Dan artis paling popular yang menjadi treading di twitter sudah semestinya apai. di dalam gambar ni dia bersama dengan bekas anggota kumpulan rock paling rock di dunia, Otak Kosong. rambut ala ala sabut kelapa tu, ejai. dan mamat muka budak tak reti mengaji tu, dd. pernah sekali E-Chanel datang interview budak budak ni apa cerita diorang setelah masing masing ikut haluan lain lain.

"ish, sudah tentu makwe menjadi perkerjaan paling utama bagi saya." Kata ejai sambil membetulkan rambut.

"saya pula, sibuk mengkaji freemason dan iluminiti," Kata dd.

"saya cuba untuk berhenti makan." Kata apai.

dan mamat pakai speck tu Personal Assistant  je. ade cita cita nak buat band, tapi tengok gaya dia angkat tangan pun dah tahu tak kemana masa depan dia ni.

1998 DAHULU

Landasan Kereta Api 1998
(21.02.1998 ) Landasan Kereta Api Tg. Malim

Tahun 1998, Tanjong Malim masih lagi ada identiti.
8.00 pagi sabtu, itu waktu ramai orang berpusu-pusu ke pasar pagi.

Melalui landasan kereta api  memang satu kepastian.
Jalan penghubung antara pekan dan taman perumahan.

Lampu merah berkelip-kelip.
Sudah tiba waktu untuk pagar ditutup

Masa untuk kenderaan beratur panjang.
Kerana kereta api akan datang.

Pagar dikunci ketat.
Basikal dan motor berhimpun dekat dan rapat.

Penjaga landasan sudah boleh berehat.
Besi penukar landasan ditolak cermat.

Adakah kereta api panjang?
Adakah kereta api pembawa barang?
Atau sekadar keretapi yang penuh dengan penumpang?

Keretapi berlalu dihadapan.
Hanya satu gerabak dan warnanya kekuning-kuningan.
Dibadannya tertulis "UNIT BAIK PULIH LANDASAN".

Kelipan lampu merah masih tidak berhenti.
Bunyi (Ting-Tong-Ting-Tong) juga masih didengari.

Pabila pagar landasan sudah dibuka.
Dan semuanya jadi seperti biasa.

Itu Tanjong Malim dahulu.
Sebelum wujud komuter dan stesyen baru.

Segalanya berwajah baru.
Tiada lagi tahun 1998 yang sudah berlalu.






Lagenda Pekan Koboi Tg. Malim

(01/01/12) Balai Polis Tg. Malim


Pekan koboi Tg. Malim kembali masyhur dengan lagendanya.
Tidak berubah daripada dulu hingga sekarang.
Lagendanya tidak ada kaitan dengan Pau Yik Mun dan bukan juga kerna Ravi Store.

Lagenda berulang.
01/01/12 ada golongan yang menuntut hak mahasiswa dengan berbaring di atas jalan.
Tempat di mana awek UPSI belajar.
Sama macam zaman pasca merdeka.


Tg. Malim kembali masyur di tv, paper dan internet.
Member semua mengaku duduk Tg. Malim.
Semua mengaku ada awek dekat UPSI.


Tg. Malim  bandar koboi.
Tg. Malim bandar lagenda.






Ravi, Siva, Lanun dan Kekentalan.



Ravi dan Siva merupakan ikon yang paling sesuai untuk di teriak kepada seluruh pelusok Malaysia bahawasanya Tanjung Malim ini adalah sebuah pekan yang tahap rebelnya sebegitu tinggi.
Baik dari peringkat omniversiti, sekolah menengah, hatta kedai-kedai di pekan juga sebegitu rebel.


Ravi, Siva?!
apa kejadah?


di sini gua akan menampal petikan dari wartawan sebuah rancang tivi - 999 / 360 - yang begitu bersungguh-sungguh meng-ekspose kerja polis di Malaysia. 


mazidul


"2 premis menjual bahan cakera optik, CD, VCD dan DVD cetak rompak dan lucah beroperasi di Tanjung Malim, Perak. "
"Dilaporkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK Perak dihubungi wartawan 999 menyatakan premis terbabit diserbu lebih 30 kali sebelum ini. "
"Namun premis terus beroperasi. Lebih mengejutkan, semalam Jabatan Kastam menyerbu premis sama, hari ini pengusaha masih memasarkan bahan sama."
"DVD lucah dipasarkan dengan harga di antara RM15 dan RM20 mengikut bilangan cerita."

" Sebelum ini program 360 pernah membuat liputan kegiatan premis sama tetapi mereka ini terlalu kebal. Sebaik dipaparkan, polis mengambil tindakan, selang beberapa hari, mereka berniaga seperti biasa"

kah kah kah!

30 kali kena serbu, boleh buat relek.

Gua sebagai kutu, tabik spring kepada pengurusan dua kedai ini yang kental dan terus menabur bakti kepada tanah Tanjong Malim.

Gua harap mak cik, pak cik kedai scene makan boleh belajar dari kedai ini, takde lah bukak kedai makan tak sampai 5 bulan dah tutup.

dan hanya mereka yang tak mengenal erti scene kereta kontrol dan trend Malaysia sahaja yang nak kedai power ni tutup.

Tanjong Malim, Tenang!



Tanjong Malim adalah sebuah pekan paling rock di dunia, kalau di tanya pada rosmah apa dia yang paling rock di dunia, mesti dia akan jawab Tanjong Malim dengan tenang. tapi kalau gua tanya geng adam adli, apa benda Tanjong Malim ni, mesti dia akan jawab based on fakta je. celaka apa budak budak ni. tak cool langsung. tu la, keje lawan kerajaan je, cuba la sekali sekale jilat bontot kerajaan tu.

Tanjong Malim terkenal dengan makwe makwe UPSI yang boleh tahan ayunye dengan baju kurung, dan kadang kadang habis kelas, kain di orang dah bertukar jadi skirt. sejuk mate memandang. 

tanpa makwe makwe upsi siapalah Tanjong Malim. 

tanpa makwe makwe upsi siapalah pasar malam hari sabtu, 

tanpa makwe makwe upsi siapalah tasik proton city tempat dating sambil baring baring dengar lagu hindustan.

tapi celaka apa blog ni nak cerita pasal makwe makwe upsi. gua buat blog ni untuk pastikan muka muka legend tak terlepas dari pengembaraan hidup di tanjong malim. pekan paling rock di dunia.